Friday, November 23, 2012

Membiak Ros Jepun


Ros jepun (Japanese Rose) adalah pokok bunga yg sgt mudah utk ditanam, dijaga dan dibiakkan tanpa memerlukan penjagaan yg terlalu rapi. Bunga2 nya yg mudah tumbuh, banyak dan berwarna-warni mmg sgt menarik utk dipandang dan menjadi penyeri taman samada ditanam dlm pasu gantung atau ditanam sbg tanaman tutup bumi.

Cara-cara menanam dan membiakkan Ros Jepun:

1. Potong bunga ros jepun 2-4 inci pelbagai warna. Tak semesti nye perlu ada akar sbb ros jepun boleh dibiakkan melalui keratan batang.



2. Ambil sebatang kayu dan buat lubang sedalam 1 inci pada tanah di mana keratan ros jepun tersebut akan ditanam samada dlm pasu atau terus ke dalam tanah.


3.Masukkan pangkal ros jepun ke dalam lubang tersebut dan padatkan tanah di sekeliling keratan ros jepun. Utk lebih cantik, tanam keratan jos jepun dgn warna yg berbeza pada satu tempat atau dalam satu pasu.

4. Letakkan pd tempat yg mendapat cahaya matahari yg penuh. Siram 2-3 hari sekali bila perlu. Pastikan tanah separa lembab. Kalau terlalu basah, batang ros jepun akan jadi lembik dan busuk.


5. Sentiasa kembangkan dan biakkan supaya tk perlu pegi nursery utk beli ros jepun lagi. Lagi bagus, biak dan jual. Boleh dpt duit tambahan utk beli pokok bunga yg lain.


No comments:

Post a Comment