Sunday, November 25, 2012

MAHA International 2012 - penawar demam saya

Dlm keadaan separa sihat dek gastrik dan demam, saya tetap gagahkan diri ke MAHA International 2012 tgh td. Saya sampai ke MAEPS dlm jM 11.15 pg. Masa tu dh ramai org dh. Ikut hati mmg nak spend satu hari di MAHA tp memandangkan badan yg kurang sihat dan juga janji pd isteri utk balik sebelum zuhur saya terus fokuskan perhatian saya pd satu bahagian je di MAHA iaitu bahagian pokok2 dan bunga. Seolah2 kanak2 yg. masuk dlm kedai permainan, saya sgt teruja melihat bermacam jenis pokok dan bunga dipamerkan dan dijua sehingga terlupa yg saya tgh demam.

 Harga jualan bagi saya tak lah semurah yg saya jangka sbb saya selalu mngunjungi nurseri2 sekitar Bangi dan Kajang. Tapi sebab segala mcm jenis pokok ada dan saya jumpa anak2 pokok dan herba yg mmg saya dh lama nak carik, so saya puas hati juga walaupun terpaksa berpanas. Nasib baik saya bawa topi cowboy saya, terlindung juga dari panas terik matahari. (bnyak je org pakai topi koboi td so takde la rasa out of place hehe).

So, selepas 2 jam tgk mcm2 tumbuhan ciptaan Allah dan sebnyak Rm150 dihabiskan, saya telah bawa pulang pokok durian belanda, jambu air madu, limau madu, limau kasturi, pulasan, pudina, stevia, rosemary dan 11 jenis kaktus. Ada perkhidmatan transport pokok2 ersebut ke parking disediakan oleh penganjur dgn caj RM5. Nasib baik kalau tak jenuh jugak nak angkat pokok2 tu.

Seronok sgt smpai terlupa saya sebenarnye demam. Isteri saya mmg risau saya nak ke MAHA sorang2 sbb demam tp dia memahami apa2 yg berkaitan dgn tanam-menanam dan kebun sekangkang kera kami dia faham itu adalah minat saya dan boleh jd 'ubat penenang' saya. Memang betul :) Ini hasil hari ini:

No comments:

Post a Comment