Setelah bosan dengan suasana Florence yang sempit dan sesak dengan tourist dan bangunan-bangunan lama, I dengan kawan I decided to go to somewhere slightly different but not too far from Florence.
So, kitorang just pegi kat Station Santa Maria Novella di Florence dan just pilih satu destinasi ke arah pantai di barat Italy. Dari map keretapi kami terjumpa Vieraggio. So, tanpa berfikir panjang kami terus beli tiket keretapi dan pergi ke sana. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1.5 jam naik keretapi Trenitalia. Jarak lebih kurang 95km dari Florence. Ticket hanya EU9 one way kalau tak silap.
Tanpa sebarang expectation yang tinggi, kami sampai ke Vieraggio dengan fikiran terbuka untuk tengok apa ada di sana. Dan Alhamdulillah, kami tidak disappointed. Ternyata ia tempat yang menarik untuk kami melarikan diri dari norma kehidupan di Florence. Kerana Florence bandar pelancongan dan bersejarah yang sangat terkenal, it tidak sunyi dari pelancong. Hari-hari bandar jalan-jalan di bandar Florence yang sememangnya agak sempit dipenuhi dengan pelancong. Terkadang rasa rimas.
Tidak seperti Florence, Vierragio yang terletak di tepi pantai belah utara barat dari Italy, adalah bandar kecil yang agak baru, ruang pejalan kakinya yang lebih luas, kurang pelancong yang datang berbanding Florence dan terasa lebih terbuka dek laut. Hmmm.. rasa boleh bernafas..
Anyway, seperti biasa I nak kongsi gambar-gambar bunga dan tumbuh-tumbuhan yang I sempat rakamkan di sepanjang rewang-rewang di Vierragio.
No comments:
Post a Comment