Wednesday, March 6, 2013

Sesto Fiorentino Mercato Settimanale - Pasar minggu di Sesto Fiorentino

Sabtu lepas, I pergi ke Sesto Fiorentino, bandar komuniti yang kecil lebih kurang 11.5 km from Florence city centre. Kalau ikut wikipedia, bandar ini yang lebih dikenali dengan hanya panggilan "Sesto" ialah antara penempatan tertua di mukim ini yang di trace ke 9000 tahun lalu. Perjalanan bus mengambil masa lebih kurang 30 minit. Bandar ni bukan tempat pelancongan. Bandar kecil komuniti ini lebih kepada perumahan untuk penduduk tempatan.

My guide was brother Rafael Abdul Rahim Abdullah, yang aku kenali di masjid At-Taqwa (satu-satunya masjid di Florence buat masa ini) semasa minggu pertama aku sampai di Florence pada bulan Januari. Beliau berasal dari Filipina. Memeluk Islam 12 tahun lalu semasa berkerja di Saudi Arabia. Alhamdulillah, sampai sekarang masih kuat Islamnya walaupun sudah lama menetap di Italy. Dia berkerja sebagai domestic helper (kira sama macam pembantu rumah) untuk seorang lelaki tua berbangsa Italy. Bila sahaja ada off-days selalunya Jumaat dan Ahad dia akan ke Florence untuk solat jumaat dan solat jemaah di masjid. Masha Allah.

So, last Saturday brother Rafael bawa aku dan kawanku dari Indonesia, Pak Arif, untuk ke pasar minggu di Sesto atau dalam Italian di panggil Mercato Settimanale. Pasar minggu di sana boleh aku katakan macam kombinasi pasar tani dan pasar malam di Malaysia. Ia dibuka waktu siang sahaja. Ada jual barang2 keperluan dapur, pakaian, makanan, buah-buahan dan yang  paling menarik perhatian aku ialah jualan anak-anak pokok bunga. Rupanya brother Rafael ni mempunyai minat yang sama macam I - gardening. So, apa lagi aku excited seolah-olah macam kanak-kanak yang pergi ke kedai permainan. Lagipun dan 2 bulan aku duduk di Italy dan dah dua bulan jugak aku tak berkebun. Terasa bosan kadang-kadang dan rasa something was missing.

Tak banyak beza macam nursery di Malaysia, pokok-pokok bunga yang terdapat di sini berwarna-warni dan pelbagai jenis. Ada jenis yang I rasa familiar dan macam ada di Malaysia. Cuma yang I paling ketara kurang atau pun memang takde di Malaysia ialah pokok tulip. Di sini ada pelbagai jenis tulip yang I nampak. Melalui observation, I think tulip ni sama family macam bawang sebab anak benih dia memang macam bawang. Anyway, ini gambar-gambar yang sempat I rakam.








Jadi tanpa berfikir panjang aku pun angkut dua anak pokok jenis tulip yang aku rasa susah nak dapat di Malaysia. Yang kecil harganya EUR1.50 dan yang besar sikit (ada lebih kurang 5-6 anak pokok) harganya EUR3. Amik yang paling murah. Hehehe. Kalau ikut nafsu nak beli lagi banyak. Tapi, jadilah 2 pokok untuk permulaan dan nak test. Lagipun dalam apartment yang aku tinggal sekarang takde banyak ruang untuk letak pokok. Tapi, nanti bila kursus aku dah nak habis aku akan borong benih2 pokok dari sini untuk di bawa pulang dan ditanam di Malaysia, insha Allah.


Tak sabar nak tengok bila bunga dia mula berputik.


No comments:

Post a Comment