Monday, March 11, 2013

Tanaman tutup bumi di sekitar bandar Florence

 

Aku nak share observation aku berkenaan tanaman tutup bumi di Florence Italy. Walaupun exposure aku masih limited di sekitar 20km radius dari il centro della citta Firenze (Florence city centre) tapi aku rasa it is still fair for me to mention that one interesting feature about tanaman tutup bumi yang aku lihat sangat ketara berbeza dari di Kuala Lumpur ialah tanaman bumi yang ditanam di tepi-tepi jalan, padang-padang permainan atau di lereng-lereng bukit di sini (maybe sejenis rumput yang aku tak tau namanya) akan mengeluarkan bunga-bungaan yang pelbagai.

Rumput yang common di sini tidaklah secantik rumput Filipina atau Bermuda yang common untuk landscaping di Kuala Lumpur. Rumput di sini tidak sehalus rumput Filipina tapi tidak selebar rumput 'cowgrass'. Jika panjang, ia tidak setinggi atau sekasar lalang di Malaysia. Cuma yang menarik perhatian aku ialah di celah-celah rumput tersebut tumbuh pula pelbagai jenis pokok-pokok bunga dalam jumlah yang banyak dan pelbagai jenis. Aku belum tahu apa nama pokok-pokok bunga tersebut tapi nampak macam ada persamaan seperti bunga daisy, tahi ayam atau ros jepun di Malaysia. Bila banyak bunga yang tumbuh terutama sekarang bila dah nak penghujung winter dan permulaan spring, sangatlah menarik mata memandang.


 
 
 




 
 


 

 

 Balik Malaysia nanti nak cuba buat kat laman rumah insha Allah.

No comments:

Post a Comment