Hari ini, isteriku watsaap berita gembira dan gambar dari Malaysia. Pokok Mangga King yang aku tanam, rasanya tak sampai 6 bulan lepas, dah mula berbuah. Cepat betul pokok ni berbuah padahal masa aku tanam dulu baru 1.5 kaki tinggi.
Mungkin aku tak sempat nak merasa hasil pertama pokok mangga ni sebab aku akan balik Malaysia hanya 3 bulan lagi. Apa2pun, aku sangat ceria dengan berita hari ni. Alhamdulillah.
Ni dia Mangga Kingku...
Sunday, March 17, 2013
Tuesday, March 12, 2013
Nama pokok bunga dalam bahasa Itali
Last weekend aku sempat ke I Gigli, sebuah shopping complex lebih kurang 20km dari Florence (berbasikal). Shopping complex tu kecik je, ala-ala Jaya Jusco kat Malaysia. Dalam shopping complex tu ada satu kedai hypermarket ala-ala Carrefour. So, dalam tu aku terjumpa pelbagai anak-anak pokok bunga yang dijual di sini. Yang bagusnye ada siap nama pokok dengan harga. So, dapatlah aku belajar nama pokok-pokok bunga di Italy ni.
Ni aku nak kongsi di sini:
Ni aku nak kongsi di sini:
Monday, March 11, 2013
Tanaman tutup bumi di sekitar bandar Florence
Aku nak share observation aku berkenaan tanaman tutup bumi di Florence Italy. Walaupun exposure aku masih limited di sekitar 20km radius dari il centro della citta Firenze (Florence city centre) tapi aku rasa it is still fair for me to mention that one interesting feature about tanaman tutup bumi yang aku lihat sangat ketara berbeza dari di Kuala Lumpur ialah tanaman bumi yang ditanam di tepi-tepi jalan, padang-padang permainan atau di lereng-lereng bukit di sini (maybe sejenis rumput yang aku tak tau namanya) akan mengeluarkan bunga-bungaan yang pelbagai.
Rumput yang common di sini tidaklah secantik rumput Filipina atau Bermuda yang common untuk landscaping di Kuala Lumpur. Rumput di sini tidak sehalus rumput Filipina tapi tidak selebar rumput 'cowgrass'. Jika panjang, ia tidak setinggi atau sekasar lalang di Malaysia. Cuma yang menarik perhatian aku ialah di celah-celah rumput tersebut tumbuh pula pelbagai jenis pokok-pokok bunga dalam jumlah yang banyak dan pelbagai jenis. Aku belum tahu apa nama pokok-pokok bunga tersebut tapi nampak macam ada persamaan seperti bunga daisy, tahi ayam atau ros jepun di Malaysia. Bila banyak bunga yang tumbuh terutama sekarang bila dah nak penghujung winter dan permulaan spring, sangatlah menarik mata memandang.
Sunday, March 10, 2013
Berbasikal di Florence Italy
Untuk pengetahuan, kadar sewa basikal yang termurah di Florence buat yang bukan resident / pelancong adalah seperti berikut:
- 1 jam EU2
- 5 jam EU5
- 1 hari EU10
Actually sejak aku beli basikal ni sabtu lepas berpuluh kilometre aku dah jalan. Total perjalanan dengan basikal sepanjang weekend ni sahaja ialah 35 km. Harap dapat bertahan la basikal ni dan yang penting tak hilang sebab di Florence kes kecurian basikal ni sangat common. End of Jun 2013 bila aku nak balik Malaysia, maybe aku boleh re-sell ke Mercatino Dell' Usato. Kalau dapat balik EU10 pun dah kira berbaloi-baloi. hehehe...
Anyway, sebenarnya bagi kawan-kawan yang ingin melancong di Florence, bicycle tour is highly recommended because you can cover many areas in a short period of time especially if your time is limited. Florence bandar kecik je. Tapi kalau first time datang sini better pakai guide sebab you can easily get lost in the city.
Tapi sebab utama aku beli basikal ialah aku nak langkah panjang. Ia membolehkan aku pergi ke tempat-tempat yang selalunya tourist tak pergi seperti di belakang-belakang rumah orang Italy, kebun-kebun, menusuri sungai dan experience the locale ambiante (local ambiance). Terutamanya, aku nak dapat idea garden-garden orang Italy dan juga melihat kepelbagain tumbuh-tumbuhan yang ditanam atau yang liar di sini di samping enjoy pemandangan luar dari bandar Florence.
Labels:
Florence,
flower,
flowers,
flowers of europe,
garden city,
Italy
Subscribe to:
Posts (Atom)