Flashback.
Awal tahun ini adalah kali pertama aku menjalankan projek DIY taman yang "major". Sebelum ini ada buat tapi takut-takut dan tak "daring". Tahun baru, azam baru - aku bertekad untuk membina garden aku yang sekangkang kera ini dengan design dan kudrat aku sendiri kerana aku rasa dengan cara ini garden aku akan ada banyak personal touch dan lebih memuaskan hati di samping menjimatkan kos.
Projek "daring" pertama aku ialah membina pergola sendiri. Dari design, beli kayu, ukur kayu, potong kayu, ukiran, pembinaan dan cat aku lakukan sendiri, A ke Z. Isteri aku pada mulanya agak skeptikal dan menasihatkan agar aku beli sahaja pergola yang sudah siap. Tapi, aku tetap dengan pendirian aku dan ia hanya membakar semangat aku untuk buktikan yang aku mampu lakukannya. Kali terakhir aku membuat kerja-kerja kayu seingat aku adalah 15 tahun yang lepas semasa kelas Kemahiran Hidup di sekolah. Tak sangka, skill bertukang aku masih ada. Dan sekarang walaupun aku berkerja di pejabat dalam bidang korporat dan komersil oil dan gas, tapi minda dan jiwa aku sebagai seorang bekas jurutera masih kuat.
Alhamdulillah, aku berjaya membuktikannya.
Kejayaan kecil membina pergola pertama menaikkan semangat aku untuk teruk ber"DIY" tanpa menoleh ke belakang lagi. Selepas pergola aku juga telah berani membina "raised flower bed" menggunakan bata dan simen dan beberapa projek taman kecil-kecilan di taman sekangkang keraku. Semuanya aku lakukan secara "self-thought" melalui research di internet dan buku-buku gardening yang aku baca dan juga secara "try-and-error" (nanti later aku share projek DIY raised flower bed yang aku dah buat).
Inilah projek pergola pertamaku. Kalau beli di kedai mungkin berharga RM1000 lebih. Tapi kos pergola ini, dari harga kayu, cat varnish, termasuk harga membeli peralatan bertukang iaitu mesin gergaji black and decker semuanya tak lebih dari RM600 sahaja!
Sekarang pergola ini aku jadikan tempat gantung koleksi orkid-orkidku.
BUAT GAZEBO PULAK LAAA
ReplyDelete