Saturday, June 14, 2014

Apa boleh buat dengan batu bata pecah?

Dari project DIY flowerbed aku yang sebelum ini, ada banyak batu bata pecah yang bertimbun2. Mula2 pening difikirkan apa boleh buat dengan batu2 tu sebab dah jadi semak dan menjadi tempat persembunyian yg cosy bagi binatang2 tertentu seperti katak, siput babi dan cicak.

Fikir punye fikir, tiba2 dapat pula ilham nak buat walkway. So apa lagi, satu lagi projeck DIY garden berjaya dilaksanakan semalam :) semua batu-batu pecah dah habis digunakan, tiada pembaziran dan ada pembaharuan pada taman.

Lihatlah hasilnya.

Saturday, May 24, 2014

Tanam Pokok Markisa

Semalam aku ke pasar tani ternampak dijual anak pokok markisa. Aku tahu pokok ini selepas melihat buah-buah bulat ranum yang tergantung pada pergola salah satu rumah di kawasan perumahanku. Mula-mula aku sangka epal tapi bila ditanya rupa-rupanya markisa.

Jadi aku pun beli satu sebab aku rasa sangat sesuai sekali dengan pergola "La Pergola Tre" ku yang baru dibina. Jadi aku angkut dua anak pokok yang sudah tinggi dalam 1-2 kaki. Satu pokok berharga RM12.

Balik rumah terus tanam dan dililitkan pada tiang pergola menggantikan pokok alamanda yang aku pindahkan ke tempat lain.

Semoga cepat membesar dan berbuah.

Tuesday, May 20, 2014

Monday, May 19, 2014

Pokok Jade Vine

Last weekend masa aku ke Cameron Highland, aku singgah di Taman Agroteknologi Mardi yang terletal di Tanah Rata. Salah satu pokok yang dipamerkan yang terus menarik perhatian aku ialah pokok Jade Vine.

Bunga dia yang berjuntai, lebat dan berwarna turqoise/purple yang lembut memang mengujakan. Melalui pembacaanku pokok Jade Vine ini adalah native dari Filipina. Di hutan liar, pokok ini dibiakkan secara natural oleh kelawar.

Apa-apapun, aku pasti yang ia menjadi satu koleksi wajib pokok memanjat di gardenku yang sekangkang kera terutama pada vertical wall atau green curtain yang aku bina 2 bulan lepas.

Harga anak pokok eksotik ini agak mahal. Untuk anak pokok yang tingginya baru 1.5 kaki, aku beli pada harga RM50 tapi aku rasa berbaloi kerana ia sangatlah rare.

Balik je terus aku tanam dan lilitkan pada salah satu spot di green curtain menggantikan pokok kesidang yang aku dah pindahkan. Jade Vine ni cepat membiak. Selepas 1 hari, aku perasan anak pokok dah melilit dan naik 1-2 inci.

Tak sabar nak tunggu pokok ni membesar dan berbunga, mungkin mengambil masa 2-3 tahun tapi aku sabar menunggu inshaAllah.

Saturday, May 17, 2014

DIY: "La Pergola Tre" - sambungan 2

Hari ni sambung kerja pergola. Hari ni siap buat base, pasang wire untuk jadi pautan pokok-pokok mamanjat dan juga pasang jaring bagi menyediakan kawasa bawah pergola yg redup sementara pokok-pokok memanjat dan membesar.

Bila semua dah siap aku tanam pokok-pokok memanjat yang dah beberapa lama aku beli.

Untuk belah kanan aku khaskan untuk tanaman rose pelbagai warna. Aku selitkan satu pokok kesidang, yang berbunga putih dan berbau wangi macam pandan.

Untuk belah kiri, aku tanam pokok yg aku tak tau nama tapi ada bunga kuning pink yang cantik, pokok bunga kertas kahwin berwarna putih pinkish dan juga pokok alamanda.

DIY: "La Pergola Una" Projek DIY Pergola Pertama

Flashback.

Awal tahun ini adalah kali pertama aku menjalankan projek DIY taman yang "major". Sebelum ini ada buat tapi takut-takut dan tak "daring". Tahun baru, azam baru - aku bertekad untuk membina garden aku yang sekangkang kera ini dengan design dan kudrat aku sendiri kerana aku rasa dengan cara ini garden aku akan ada banyak personal touch dan lebih memuaskan hati di samping menjimatkan kos.

Projek "daring" pertama aku ialah membina pergola sendiri. Dari design, beli kayu, ukur kayu, potong kayu, ukiran, pembinaan dan cat aku lakukan sendiri, A ke Z. Isteri aku pada mulanya agak skeptikal dan menasihatkan agar aku beli sahaja pergola yang sudah siap. Tapi, aku tetap dengan pendirian aku dan ia hanya membakar semangat aku untuk buktikan yang aku mampu lakukannya. Kali terakhir aku membuat kerja-kerja kayu seingat aku adalah 15 tahun yang lepas semasa kelas Kemahiran Hidup di sekolah. Tak sangka, skill bertukang aku masih ada. Dan sekarang walaupun aku berkerja di pejabat dalam bidang korporat dan komersil oil dan gas, tapi minda dan jiwa aku sebagai seorang bekas jurutera masih kuat.

Alhamdulillah, aku berjaya membuktikannya.

Kejayaan kecil membina pergola pertama menaikkan semangat aku untuk teruk ber"DIY" tanpa menoleh ke belakang lagi. Selepas pergola aku juga telah berani membina "raised flower bed" menggunakan bata dan simen dan beberapa projek taman kecil-kecilan di taman sekangkang keraku. Semuanya aku lakukan secara "self-thought" melalui research di internet dan buku-buku gardening yang aku baca dan juga secara "try-and-error" (nanti later aku share projek DIY raised flower bed yang aku dah buat).

Inilah projek pergola pertamaku. Kalau beli di kedai mungkin berharga RM1000 lebih. Tapi kos pergola ini, dari harga kayu, cat varnish, termasuk harga membeli peralatan bertukang iaitu mesin gergaji black and decker semuanya tak lebih dari RM600 sahaja!

Sekarang pergola ini aku jadikan tempat gantung koleksi orkid-orkidku.

DIY: "La Pergola Tre" - sambungan

Hari ni sambung kerja-kerja menyiapkan projek pergola yang ke 3. Hari sempat pasang "tingkap" dan varnish. Esok nak sambung buat base dia dan mungkin mula tanam pokok lilit. Lagi cepat tanam pokok lagi cepat atap pergola akan dilitupi pokok2 memanjat.

Saturday, May 10, 2014

DIY: "La Pergola Tre" Projek Pergola ke-3

Masa di Italy, aku banyak dapat ilham untuk buat pergola. Jadi bila balik Malaysia aku sangat teruja untuk menjadikan pergola salah satu feature di garden aku yang sekangkang kera.

Tempahan kerja kayu agak mahal. Jadi aku nekad untuk buat sendiri. Bukan sahaja jauh lebih murah tapi kepuasan diri memang tak terluah oleh kata.

Ini projek pergola DIY yang sedang aku siapkan. Orang makan gaji macam aku ni takde banyak sangat masa. Yang ada cuma weekend je. Itupun setengah hari je seminggu dapat luangkan untuk projek-projek taman. Jadi selalu projek DIY aku ni mengambil masa beberapa minggu sebab aku buat berperingkat dan sikit-sikit.


Canada - Maple, maple dan maple..

Dah berkurun aku tak update blog.

Anyway, aku ke Vancouver 2 minggu lepas untuk urusan kerja. In between meetings, sempat jugak aku luangkan masa bersiar-siar sekitar Vancouver downtown terutama di Stanley Park, sebuah taman awam yang terkenal. Musim bunga telah pun bermula. Excited aku tengok bunga-bunga yang mula berkembang macam seorang kanak-kanak yang riang tengok toys.

Chery Blossom dah mula blossom, awesooome!!

Dan di Kanada, tak sah kalau datang sini tak tengok pokok Maple, satu pokok yang dikategorikan sebagai pokok "native", sangat signifikan sehinggakan daun Maple menjadi logo dan bendera untuk Kanada. (sebutan dia bukan Map-le, itu kedai mamak hehe. May-pel sebutan yang tepat). Untuk pengetahuan, Kanada ialah pengeluar maple syrup yang terbesar di dunia. Maple syrup ni yang selalu orang putih makan dengan pancake.

Aku pun sebenarnya ada beli satu pokok maple dari nurseri di Sungai Buloh. Mahal pokok ni - RM150 sebatang aku beli. Memang susah nak cari di Malaysia dan nak jaga pun susah dan makan masa lama nak tumbuh dan membesar. Daun dia merah. Selalu orang buat bonsai. Excited aku bila balik dari Vancouver hari tu pokok red maple aku dah mula berdaun semula setelah aku cantas sebab daun-daun dia me-layu.

Apa-apapun, cara mendapatkan maple syrup tu yang pada aku sangat interesting. Selama ini aku ingat maple syrup datang dari buah maple (tak pernah pulak tahu macam mana bentuk buah maple tu, itupun kalau ada la such a thing). Rupanya, cara petani di Kanada mendapatkan maple syrup ni adalah seperti menoreh getah di Malaysia. Kulit pokok ditoreh dan akan dipasangkan alur. Air lelehan dari pokok maple tu akan dikumpulkan dalam tin takungan. Air ini yang menjadi maple syrup, setelah di didihkan dan disejatkan.

Subhanallah - Allah Maha Pemurah. Dari kulit pokok, Allah keluarkan makanan yang lazat untuk manusia.

Sebelum balik, sempat aku singgah beli beberapa botol maple syrup yang original di Grandville Island, sebuah pasar awam dan juga salah satu tarikan pelancong di Vancouver. Maple syrup ni yang selalu orang makan dengan pancake tu. Rasa dia macam gula melaka.