Wednesday, December 26, 2012

Tips: Lumut sebagai penyeri bonsai

Ini I nak bagi tips sikit. Bagi peminat bonsai yang baru nak berkecimpung, ada satu cara untuk menambah seri bonsai iaitu dengan cara menempel lumut pada ruang tanah yang terbuka pada pasu bonsai. Lumut warna hijau yang ditempel tu akan nampak macam rumput hijau yang mengelilingi pokok. Ini bonsai yang saya tanam beberapa minggu lepas sebelum dan selepas letak lumut.

Sebelum...
Selepas... cantik dok?
Cuma persoalannya, macam mana nak dapat lumut-lumut yang nak ditempel tu? Mudah je. Sebenarnya kalau kita rajin observe alam sekeliling kita akan notice banyak lumut terutama di kawasan yang lembab dan teduh. Antara kawasan yabg ada lumut ni ialah dalam longkang. Tapi, agar mencabar la nak masuk longkang. Jiran-jiran tengok apa ke buang tabiat you ni korek lumut dalam longkang. hehe.. So, ada satu lagi tempat boleh carik lumut. Saya sangat suke ke situ tapi takleh bagitau kat mana.. tapi tips nya ialah pegi le kawasan yang banyak pokok besar yang teduh yang ada padestrian walk berbatu2 macam gambar kat bawah ni dan jarang di maintain..insha Allah uyou all akan jumpa banyak patches of lumut in between batu2 tu yang boleh dikorek.. since mostly tempat awam dan terbiar so no harm utk korek. Cuma hati2 la takut2 kawasan tu ada 'penjaga' pulak. So, apa2 pun sebelum korek lumut, baca lah doa agar dilindungi dari gangguan jin dan syaitan.. Selamat korek lumut!/div>

No comments:

Post a Comment