Wednesday, December 26, 2012

Tips: Lumut sebagai penyeri bonsai

Ini I nak bagi tips sikit. Bagi peminat bonsai yang baru nak berkecimpung, ada satu cara untuk menambah seri bonsai iaitu dengan cara menempel lumut pada ruang tanah yang terbuka pada pasu bonsai. Lumut warna hijau yang ditempel tu akan nampak macam rumput hijau yang mengelilingi pokok. Ini bonsai yang saya tanam beberapa minggu lepas sebelum dan selepas letak lumut.

Sebelum...
Selepas... cantik dok?
Cuma persoalannya, macam mana nak dapat lumut-lumut yang nak ditempel tu? Mudah je. Sebenarnya kalau kita rajin observe alam sekeliling kita akan notice banyak lumut terutama di kawasan yang lembab dan teduh. Antara kawasan yabg ada lumut ni ialah dalam longkang. Tapi, agar mencabar la nak masuk longkang. Jiran-jiran tengok apa ke buang tabiat you ni korek lumut dalam longkang. hehe.. So, ada satu lagi tempat boleh carik lumut. Saya sangat suke ke situ tapi takleh bagitau kat mana.. tapi tips nya ialah pegi le kawasan yang banyak pokok besar yang teduh yang ada padestrian walk berbatu2 macam gambar kat bawah ni dan jarang di maintain..insha Allah uyou all akan jumpa banyak patches of lumut in between batu2 tu yang boleh dikorek.. since mostly tempat awam dan terbiar so no harm utk korek. Cuma hati2 la takut2 kawasan tu ada 'penjaga' pulak. So, apa2 pun sebelum korek lumut, baca lah doa agar dilindungi dari gangguan jin dan syaitan.. Selamat korek lumut!/div>

Tuesday, December 25, 2012

Pokok menjalar hias dinding

I jalan2 kat sunway pyramid denganmy wife and daughters. Masuk satu kedai jual baju and noticed salah satu dinding kedai tu dihiasi dengan pokok menjalar tiruan. Tak silap nama pokok tu pokok duit. Nampak cantik. Terus rasa nak penuhkan dinding pagar batu rumah dengan pokok ni, tapi yang ori la. Maybe that will be my next project?.. maybe project lepas balik dari Italy.

Pokok Jasmin - Legoland

Last week I bawak anak2 dan isteri ke Legoland kat Nusajaya Johor. Seronok spend seharian dengan diorang, main macam2. Lagi seronok I sebab tgk macam2 pokok yang di tanam di Legoland ni terutamanya pokok2 bonsai yang ditanam di sekeliling model2 lego bangunan dan tempat2 menarik di sekeliling dunia. Kebanyakan jenis pokok yang digunakan ialah tak lain tak bukan pokok jasmin. mungkin kerana bentuk2 dia yang natural macam pokok yang sudah tua walaupun saiz dia masih kecil...

Tengok gambar2 ni.. cantik dok?

Saturday, December 15, 2012

Bunga pokok timun

Pokok timun yang aku semai 3 minggu lepas dah mula berbunga. Selama ini aku tak tahu pulak yang pokok timun ada bunga cantik kaler kuning. Baru 4 inci tinggi tu dah keluarkan bunga.

Para dan tiang tempat pokok ni memanjat dah aku sediakan. Maybe kena tunggu beberapa bulan lagi untuk keluarkan hasil.

Musim bunga di Bangi - Pokok Bunga Matahari

Pokok bunga matahari yg aku semai dari benih dia dah besar 3-4 kaki tinggi dan dah mula berbunga. Bunga matahari yang aku tanam ni memang jenis baka besar. Bila tanam banyak2 macam ni memang menarik mata memandang. Tunggu bila dah penuh berbunga nanti aku snap lagi gambar.

Kali inin lagi banyak la benih yang akan dapat aku recover. Lepas ni boleh la aku jadi tauke kuaci... hehehe

Tuesday, December 11, 2012

Tips: Pergi nurseri dengan mak mertua

Bagi lelaki, jika anda mempunyai minat dan skills dalam gardening, anda ada banyak advantage dari orang yang tak pandai gardening. Salah satunya ialah utk ambil hati hati mak mertua atau memikat hati bakal mak mertua tapi dengan syarat mak mertua atau bakal mak mertua itu memang jenis yang suka gardening juga la... kalau tak tak guna jugak.

so, minggu lepas saya telah bawa mak mertua saya ke nurseri di jalan ke pilah dekat seremban. saya mmg suka nurseri tu sebab bnyak pilihan dan susunan bunga dia teratur dan harga dia agak berpatutan.

seronok mak mertua saya. saya belikan dia para besi 3 tingkat utk letak pokok2 pasu kecik supaya lebih tersusun dan teratur. alhmadulillah, dia sangat suka. nampak hilang stress dia asyik terperap di rumah.

Ni gambar2 di sekitar nurseri tu.

Pokok mulberry

DIY: Pokok Bonsai Jasmin

Ada beberapa jenis pokok yang sesuai utk dijadikan bonsai. My favourite ialah pokok bunga kertas dan bunga jasmin.

Last week I beli pokok jasmin satu beg Rm10 je. Selalunya pokok jasmin ni bentuk dia memang dah agak natural utk dijadikan bonsai, jadi tak payah susah2 utk dibentuk atau 'train' bnyk2..kira mcm plug and play je..bunga dia yg putih pn cantik mata memandang..

So senang je nak buat bonsai pokok jasmin ni. Apa yg diperlukan hanya satu pasu leper utk dijadikan rumah utk anak pokok jasmin yg baru dibeli di nurseri tu dan tanah baja secukup rasa.

1. Sediakan tanah dlm pasu leper
2. Pastu koyakkan polybag dan gemburkan sedikit tanah dan akar pokok di bahagian hujung.
3. Letakkan pokok di tengah2 pasu leper dan pastikan pangkal pokok sama level dengan leher pasu.
4. Masukkan tanah baja dan ratakan tanah.
5. Siram pokok.

Dah siap.. senangkan?

Pokok Durian Belanda

Pokok Belimbing Buluh

Pokok Mangga King

Pokok Pulasan

Pokok Jambu Air Madu

Pokok Longan

Pokok Jambu Air Madu

Pokok Pulasan

Anak pokok pulasan