Saturday, May 10, 2014

DIY: "La Pergola Tre" Projek Pergola ke-3

Masa di Italy, aku banyak dapat ilham untuk buat pergola. Jadi bila balik Malaysia aku sangat teruja untuk menjadikan pergola salah satu feature di garden aku yang sekangkang kera.

Tempahan kerja kayu agak mahal. Jadi aku nekad untuk buat sendiri. Bukan sahaja jauh lebih murah tapi kepuasan diri memang tak terluah oleh kata.

Ini projek pergola DIY yang sedang aku siapkan. Orang makan gaji macam aku ni takde banyak sangat masa. Yang ada cuma weekend je. Itupun setengah hari je seminggu dapat luangkan untuk projek-projek taman. Jadi selalu projek DIY aku ni mengambil masa beberapa minggu sebab aku buat berperingkat dan sikit-sikit.


Canada - Maple, maple dan maple..

Dah berkurun aku tak update blog.

Anyway, aku ke Vancouver 2 minggu lepas untuk urusan kerja. In between meetings, sempat jugak aku luangkan masa bersiar-siar sekitar Vancouver downtown terutama di Stanley Park, sebuah taman awam yang terkenal. Musim bunga telah pun bermula. Excited aku tengok bunga-bunga yang mula berkembang macam seorang kanak-kanak yang riang tengok toys.

Chery Blossom dah mula blossom, awesooome!!

Dan di Kanada, tak sah kalau datang sini tak tengok pokok Maple, satu pokok yang dikategorikan sebagai pokok "native", sangat signifikan sehinggakan daun Maple menjadi logo dan bendera untuk Kanada. (sebutan dia bukan Map-le, itu kedai mamak hehe. May-pel sebutan yang tepat). Untuk pengetahuan, Kanada ialah pengeluar maple syrup yang terbesar di dunia. Maple syrup ni yang selalu orang putih makan dengan pancake.

Aku pun sebenarnya ada beli satu pokok maple dari nurseri di Sungai Buloh. Mahal pokok ni - RM150 sebatang aku beli. Memang susah nak cari di Malaysia dan nak jaga pun susah dan makan masa lama nak tumbuh dan membesar. Daun dia merah. Selalu orang buat bonsai. Excited aku bila balik dari Vancouver hari tu pokok red maple aku dah mula berdaun semula setelah aku cantas sebab daun-daun dia me-layu.

Apa-apapun, cara mendapatkan maple syrup tu yang pada aku sangat interesting. Selama ini aku ingat maple syrup datang dari buah maple (tak pernah pulak tahu macam mana bentuk buah maple tu, itupun kalau ada la such a thing). Rupanya, cara petani di Kanada mendapatkan maple syrup ni adalah seperti menoreh getah di Malaysia. Kulit pokok ditoreh dan akan dipasangkan alur. Air lelehan dari pokok maple tu akan dikumpulkan dalam tin takungan. Air ini yang menjadi maple syrup, setelah di didihkan dan disejatkan.

Subhanallah - Allah Maha Pemurah. Dari kulit pokok, Allah keluarkan makanan yang lazat untuk manusia.

Sebelum balik, sempat aku singgah beli beberapa botol maple syrup yang original di Grandville Island, sebuah pasar awam dan juga salah satu tarikan pelancong di Vancouver. Maple syrup ni yang selalu orang makan dengan pancake tu. Rasa dia macam gula melaka.

Sunday, March 17, 2013

Pokok Mangga King dah berbuah

Hari ini, isteriku watsaap berita gembira dan gambar dari Malaysia. Pokok Mangga King yang aku tanam, rasanya tak sampai 6 bulan lepas, dah mula berbuah. Cepat betul pokok ni berbuah padahal masa aku tanam dulu baru 1.5 kaki tinggi.

Mungkin aku tak sempat nak merasa hasil pertama pokok mangga ni sebab aku akan balik Malaysia hanya 3 bulan lagi. Apa2pun, aku sangat ceria dengan berita hari ni. Alhamdulillah.

Ni dia Mangga Kingku...

Tuesday, March 12, 2013

Nama pokok bunga dalam bahasa Itali

Last weekend aku sempat ke I Gigli, sebuah shopping complex lebih kurang 20km dari Florence (berbasikal).  Shopping complex tu kecik je, ala-ala Jaya Jusco kat Malaysia. Dalam shopping complex tu ada satu kedai hypermarket ala-ala Carrefour. So, dalam tu aku terjumpa pelbagai anak-anak pokok bunga yang dijual di sini. Yang bagusnye ada siap nama pokok dengan harga. So, dapatlah aku belajar nama pokok-pokok bunga di Italy ni.

Ni aku nak kongsi di sini:































Monday, March 11, 2013

Tanaman tutup bumi di sekitar bandar Florence

 

Aku nak share observation aku berkenaan tanaman tutup bumi di Florence Italy. Walaupun exposure aku masih limited di sekitar 20km radius dari il centro della citta Firenze (Florence city centre) tapi aku rasa it is still fair for me to mention that one interesting feature about tanaman tutup bumi yang aku lihat sangat ketara berbeza dari di Kuala Lumpur ialah tanaman bumi yang ditanam di tepi-tepi jalan, padang-padang permainan atau di lereng-lereng bukit di sini (maybe sejenis rumput yang aku tak tau namanya) akan mengeluarkan bunga-bungaan yang pelbagai.

Rumput yang common di sini tidaklah secantik rumput Filipina atau Bermuda yang common untuk landscaping di Kuala Lumpur. Rumput di sini tidak sehalus rumput Filipina tapi tidak selebar rumput 'cowgrass'. Jika panjang, ia tidak setinggi atau sekasar lalang di Malaysia. Cuma yang menarik perhatian aku ialah di celah-celah rumput tersebut tumbuh pula pelbagai jenis pokok-pokok bunga dalam jumlah yang banyak dan pelbagai jenis. Aku belum tahu apa nama pokok-pokok bunga tersebut tapi nampak macam ada persamaan seperti bunga daisy, tahi ayam atau ros jepun di Malaysia. Bila banyak bunga yang tumbuh terutama sekarang bila dah nak penghujung winter dan permulaan spring, sangatlah menarik mata memandang.


 
 
 




 
 


 

 

 Balik Malaysia nanti nak cuba buat kat laman rumah insha Allah.