Wednesday, March 6, 2013

Sesto Fiorentino Mercato Settimanale - Pasar minggu di Sesto Fiorentino

Sabtu lepas, I pergi ke Sesto Fiorentino, bandar komuniti yang kecil lebih kurang 11.5 km from Florence city centre. Kalau ikut wikipedia, bandar ini yang lebih dikenali dengan hanya panggilan "Sesto" ialah antara penempatan tertua di mukim ini yang di trace ke 9000 tahun lalu. Perjalanan bus mengambil masa lebih kurang 30 minit. Bandar ni bukan tempat pelancongan. Bandar kecil komuniti ini lebih kepada perumahan untuk penduduk tempatan.

My guide was brother Rafael Abdul Rahim Abdullah, yang aku kenali di masjid At-Taqwa (satu-satunya masjid di Florence buat masa ini) semasa minggu pertama aku sampai di Florence pada bulan Januari. Beliau berasal dari Filipina. Memeluk Islam 12 tahun lalu semasa berkerja di Saudi Arabia. Alhamdulillah, sampai sekarang masih kuat Islamnya walaupun sudah lama menetap di Italy. Dia berkerja sebagai domestic helper (kira sama macam pembantu rumah) untuk seorang lelaki tua berbangsa Italy. Bila sahaja ada off-days selalunya Jumaat dan Ahad dia akan ke Florence untuk solat jumaat dan solat jemaah di masjid. Masha Allah.

So, last Saturday brother Rafael bawa aku dan kawanku dari Indonesia, Pak Arif, untuk ke pasar minggu di Sesto atau dalam Italian di panggil Mercato Settimanale. Pasar minggu di sana boleh aku katakan macam kombinasi pasar tani dan pasar malam di Malaysia. Ia dibuka waktu siang sahaja. Ada jual barang2 keperluan dapur, pakaian, makanan, buah-buahan dan yang  paling menarik perhatian aku ialah jualan anak-anak pokok bunga. Rupanya brother Rafael ni mempunyai minat yang sama macam I - gardening. So, apa lagi aku excited seolah-olah macam kanak-kanak yang pergi ke kedai permainan. Lagipun dan 2 bulan aku duduk di Italy dan dah dua bulan jugak aku tak berkebun. Terasa bosan kadang-kadang dan rasa something was missing.

Tak banyak beza macam nursery di Malaysia, pokok-pokok bunga yang terdapat di sini berwarna-warni dan pelbagai jenis. Ada jenis yang I rasa familiar dan macam ada di Malaysia. Cuma yang I paling ketara kurang atau pun memang takde di Malaysia ialah pokok tulip. Di sini ada pelbagai jenis tulip yang I nampak. Melalui observation, I think tulip ni sama family macam bawang sebab anak benih dia memang macam bawang. Anyway, ini gambar-gambar yang sempat I rakam.








Jadi tanpa berfikir panjang aku pun angkut dua anak pokok jenis tulip yang aku rasa susah nak dapat di Malaysia. Yang kecil harganya EUR1.50 dan yang besar sikit (ada lebih kurang 5-6 anak pokok) harganya EUR3. Amik yang paling murah. Hehehe. Kalau ikut nafsu nak beli lagi banyak. Tapi, jadilah 2 pokok untuk permulaan dan nak test. Lagipun dalam apartment yang aku tinggal sekarang takde banyak ruang untuk letak pokok. Tapi, nanti bila kursus aku dah nak habis aku akan borong benih2 pokok dari sini untuk di bawa pulang dan ditanam di Malaysia, insha Allah.


Tak sabar nak tengok bila bunga dia mula berputik.


Tuesday, March 5, 2013

Vieraggio - weekend getaway from Florence

Setelah bosan dengan suasana Florence yang sempit dan sesak dengan tourist dan bangunan-bangunan lama, I dengan kawan I decided to go to somewhere slightly different but not too far from Florence.

So, kitorang just pegi kat Station Santa Maria Novella di Florence dan just pilih satu destinasi ke arah pantai di barat Italy. Dari map keretapi kami terjumpa Vieraggio. So, tanpa berfikir panjang kami terus beli tiket keretapi dan pergi ke sana. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1.5 jam naik keretapi Trenitalia. Jarak lebih kurang 95km dari Florence. Ticket hanya EU9 one way kalau tak silap.

Tanpa sebarang expectation yang tinggi, kami sampai ke Vieraggio dengan fikiran terbuka untuk tengok apa ada di sana. Dan Alhamdulillah, kami tidak disappointed. Ternyata ia tempat yang menarik untuk kami melarikan diri dari norma kehidupan di Florence. Kerana Florence bandar pelancongan dan bersejarah yang sangat terkenal, it tidak sunyi dari pelancong. Hari-hari bandar jalan-jalan di bandar Florence yang sememangnya agak sempit dipenuhi dengan pelancong. Terkadang rasa rimas.

Tidak seperti Florence, Vierragio yang terletak di tepi pantai belah utara barat dari Italy, adalah bandar kecil yang agak baru, ruang pejalan kakinya yang lebih luas, kurang pelancong yang datang berbanding Florence dan terasa lebih terbuka dek laut. Hmmm.. rasa boleh bernafas..

Anyway, seperti biasa I nak kongsi gambar-gambar bunga dan tumbuh-tumbuhan yang I sempat rakamkan di sepanjang rewang-rewang di Vierragio.




















Sunday, March 3, 2013

Fiesole - bandar kecil atas bukit beberapa kilometer dari Florence

Dah lama I tak update blog. Bnyk sebab. Pertama, buzy dgn course. Kedua, 2 minggu lepas, my father in law passed away (Al-Fatihah). So I went back to Malaysia for a week. Balik sini demam pulak.

Anyway, ini I nak share beberapa gambar tumbuh-tumbuhan dan pokok bungaan di Fiesole, sebuah bandar kecil di atas bukit lebih kurang 5.5 km kilometer dari Florence Italy. Dari town Fiosole ni kita boleh lihat seluruh bandar Florence.

Tips: Kalau ada visit Florence, Fiosole ni bandar kecil yang juga menarik untuk pergi sebab ada beberapa structure peninggalan rome seperti Teatro Romano. Tapi kalau ada banyak masa pergi la. Cuma dlm 20 minit sahaja naik bus dari Florence. Kalau limited time tak perlu pun takpe.

I pergi  sini beberapa minggu lepas dengan kawan-kawan dari Indonesia dan Thailand. In general, yang cantiknya di sini sebab boleh lihat Florence dari atas bukit dan juga lihat keunikan kebun-kebun milik persendirian orang-orang Italy yang tinggal di sini. Kebanyakan mereka menanam Olive dan anggur di belakang rumah. Juga yang menarik ialah idea-idea mereka menghias rumah dengan pokok bunga dan buah. Yang I observe mereka suka pokok yang menjalar tapi berbatang keras yang di biar melilit tiang-tiang rumah meraka macam pokok anggur.

Ok, enjoy the pictures!





















Tuesday, February 5, 2013

Pisa, Italy - Visit

Dua minggu lepas, I melawat Pisa dengan kawan-kawan. Ini beberapa gambar bunga dan tumbuhan yang sempat aku rakam.